Saturday, March 21, 2009

Lintah and maklumatnya

Lintah and maklumatnya
• Lintah banyak digunakan untuk kosmetik dan industri perubatan.
• Lintah liar semakin sukar ditemui di sungai kerana banyak bahan kimia terenap manakala di sawah padi, penggunaan mesin bajak menggantikan kerbau menyebabkan habitat lintah semakin pupus.
• Bekalan lintah semakin berkurangan menyebabkan harga lintah semakin tinggi.
• Untuk 1000 ekor lintah yang diternak, ia memerlukan 3kg belut sebulan.
• Lintah juga boleh mendapatkan sumber pemakanan daripada anak katak, larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu.
• Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asal lintah.
• Induk lintah boleh menghasilkan 20 hingga 80 benih lintah sekali bertelur.
• Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan lintah), tetapi perlu mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan.
• Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi.
• Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badan lintah.
• Lintah dikutip dengan cara pengumpul berdiri dalam tasik atau kolam dan apabila lintah melekat di kaki, mereka mencabut dan disimpan dalam bakul untuk dijual.

No comments: